Friday, 10 July 2015

PROSES PENYERAHAN ANAK TIDAK SAH TARAF DARI BAPA KANDUNG

Prosedur Penyerahan dalam entri sebelum ini adalah dari ibu kandung sahaja.

"Persetujuan dari ibu/bapa kandung bayi. (Anak tidak sah taraf tidak mempunyai bapa kandung" dari segi undang-undang). Jadi hanya memerlukan kebenaran dari pihak ibu sahaja"

Walaubagaimana pun, ada sesetengah kes ibu kandung tidak dapat dihubungi atau pun melarikan diri dan sebagainya. Dan meninggalkan bayi tersebut kepada ayah kandung bayi begitu saja. Sedangkan bayi itu adalah anak tidak sah taraf. Jadi bagaimana??

Mengikut rujukan dari pihak JKM yang admin hubungi dan beberapa sumber yang lain. Terdapat beberapa prosedur yang perlu di lakukan oleh pihak si bapa kandung dan keluarga angkat. Seperti :


1. Bapa kandung perlu membuat laporan polis sebagai dokumen bertulis yang sah dan mengatakan butir2 seperti

        a)  mengatakan bahawa si bapa adalah bapa kandung bayi tersebut
        b ) mengatakan bahawa si ibu sudah lari atau hilang dan tidak dapat                    dihubungi lagi.
        c ) menyatakan bahawa si bapa kandung tidak mampu menjaga bayi                    dengan baik dan mahu menyerahkan kepada ibubapa angkat (nama                ibubapa angkat dan butir2 yang sepatutnya)

2. Ibu@bapa angkat perlu juga membuat laporan polis bertulis sebagai dokumen penerimaan dari pihak bapa kandung.

       a ) Nyatakan penerimaan bayi dari bapa kandung (butir2 bapa kandung)


3. Dapatkan borang akuan sumpah dari JPN berdekatan. Bawa bapa kandung berserta bayi ke Pesuruhjaya Sumpah untuk mengesahkan borang akaun penyerahan dan penerimaan tersebut.

4. Daftar ke JKM seperti prosedur biasa. Pihak JKM akan menjalankan siasatan yang sewajarnya.


# Sila dapatkan salinan ic/dokumen berkaitan bapa kandung

Dokumen2 seperti laporan polis yang asli dan sebagainya perlu di simpan oleh ibubapa angkat untuk prosedur2 yang lain.

Thursday, 9 July 2015

UNTUK PERTANYAAN

ADMIN INGIN MEMOHON MAAF KERANA TIDAK DAPAT MEMBALAS SEMUA PERSOALAN DAN PERTANYAAN. OLEH ITU, ADALAH DINASIHATKAN SEKIRANYA MEMPUNYAI MASALAH YANG MEMERLUKAN MAKLUMBALAS DENGAN SEGERA (INSYAALLAH), MOHON MENGHANTAR EMEL TERUS KE


anakkusoleh2013@gmail.com.

INSYAALLAH, ADMIN DAPAT MEMBANTU, TERIMA KASIH.

Wednesday, 9 October 2013

PASANGAN YG MENCARI ANAK ANGKAT

SALAM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAYARI BLOG 'ANAK ANGKAT PENYERI HIDUPKU'...

APA YG INGIN KAMI SAMPAIKAN DI SINI BAHAWA KAMI :

*TIDAK MENGURUSKAN MANA2 PENGAMBILAN ANAK ANGKAT


*TIDAK MENYIMPAN REKOD IBU2 YG INGIN MEMBERI ATAU PASANGAN YANG INGIN MENGAMBIL ANAK ANGKAT.


OLEH ITU, "JGN HUBUNGI KAMI UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN ANAK ANGKAT". NAMUN SEKIRANYA TERDAPAT SOALAN ATAU APA2 PERTANYAAN MENGENAI PROSEDUR @ MAKLUMAT BERKAITAN BOLEHLAH MENGHUBUNGI KAMI DAN INSYA ALLAH AKAN DIBALAS SECEPAT MUNGKIN.

BLOG INI DIBINA HNY UTK PERKONGSIAN MAKLUMAT & PROSEDUR2 PENGAMBILAN ANAK ANGKAT DARI PENGALAMAN SERTA INFO2 DARI LAMAN2 WEB KERAJAAN ATAU BADAN2 TERTENTU.

SEKIRANYA ADA PASANGAN YANG INGIN MENCARI ANAK ANGKAT, BOLEH KOMEN (NAMA+NO FON/EMEL) DI BLOG INI SPY MANA2 IBU YG INGIN MENYERAHKAN ANAKNYA DAPAT MENGHUBUNGI ANDA DGN MUDAH.. TETAPI DIINGATKAN IANYA BUKAN TUJUAN UTK SIMPANAN KAMI KERANA KAMI TIDAK MENGURUSKAN PENGAMBILAN ANAK ANGKAT.

SEGALA KOMEN & URUSAN ADALAH TGGJAWAB ANDA SENDIRI. PIHAK KAMI TDK AKAN BERTANGGJAWAB ATAS KOMEN2 ANDA. SEKIRANYA TERDAPAT APA2 KEJADIAN YANG TIDAK DI INGINI BERLAKU. TERIMA KASIH.

SEMOGA SEMUA PASANGAN DAPAT BERTEMU CINTA HATI MEREKA SUATU HARI NANTI.. AMIN...♥

Monday, 22 April 2013

Thursday, 18 April 2013

Hanya Coretan


Assalamualaikum,

Sebenarnya pelbagai usaha yang aku lakukan... Banyak tempat yg aku pergi khusus untuk mencari si kecil bernama cinta hati untuk di jadikan penyeri hidupku dan suami.... Namun masih belum bertemu si dia yg ku tunggu.... Maklumlah, sudah hampir 6 tahun kami melayari bahtera tanpa kehadiran senda tawa dari zuriat yg tercinta..


Walaupon pada mulanya ada bbrp harapan yang bersinar setiap kali menerima kol @ sms dari si pemberi atau pengantara... Namun, mungkin blom ade rezeki... Blom ada jodoh untuk bertemu cahaya mata kesayangan ku ini.....


Namun, aku amat berharap moga suatu ari nanti aku akan ketemui cinta hati penyeri hidup kami... InsyaAllah....AMIN......