PENDAFTARAN SURAT BERANAK


Siapakah yang boleh memaklumkan kelahiran kanak-kanak tersebut?

Individu yang boleh memaklumkan kelahiran kanak-kanak adalah seperti berikut:-

- Bapa kanak-kanak atau; 
- Ibu kanak-kanak atau; 
- Orang yang tinggal serumah di mana kanak-kanak dilahirkan atau; 
- Mana-mana orang yang menyaksikan kelahiran itu; atau
- Mana-mana orang yang menjaga kanak-kanak. 
 
Kanak-kanak tidak mempunyai Sijil Kelahiran dan usianya 
telah melebihi 42 hari.

Jika ibu/bapa atau penjaga yang sah mempunyai bukti 
bahawa kelahiran kanak-kanak tersebut benar-benar berlaku di Malaysia, boleh membuat Pemohonan Daftar Lewat Kelahiran di mana-mana kaunter JPN berhampiran. 




PENDAFTARAN BIASA
Pemohonan pendaftaran kelahiran biasa bermaksud setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut.
[Seksyen 8, Akta 299]
  
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohonan pendaftaran kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia dengan mengemukakan Borang JPN.LM01 yang lengkap dan disertakan dengan dokumen sokongan.
DOKUMEN SOKONGAN
1.      Dokumen Pengenalan diri  Ibubapa atau dokumen perjalanan yang sah(Bagi Bukan Warganegara)
2.      Dokumen Pemeriksaan ibu mengandung
3.      Pengesahan Kelahiran atau kelahiran mati
4.      Dokumen Perkahwinan ibubapa – jika berkahwin
BAYARAN
Tiada bayaran dikenakan.


PENDAFTARAN LAMBAT
Pemohonan pendaftaran kelahiran lambat bermaksud pendaftaran yang didaftarkan dalam tempoh 15 hari hingga 42 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut dan kelahiran berlaku di Malaysia.
[Seksyen 11(1), Akta 299]
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohonan pendaftaran kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia dengan mengemukakan Borang JPN.LM01 yang lengkap dan disertakan dengan dokumen sokongan.
DOKUMEN SOKONGAN
1.      Dokumen Pengenalan diri  Ibubapa atau dokumen perjalanan yang sah(Bagi Bukan Warganegara)
2.      Dokumen Pemeriksaan ibu mengandung
3.      Pengesahan Kelahiran atau kelahiran mati
4.      Dokumen Perkahwinan ibubapa – jika berkahwin
BAYARAN
 Bayaran permohonan : RM 5.00

PENDAFTARAN LEWAT
Pemohonan pendaftaran kelahiran lewat bermaksud setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia yang didaftarkan selepas 42 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut.
[Seksyen 12(1), Akta 299]
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohonan pendaftaran lewat kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia dengan mengemukakan Borang JPN.LM01 yang lengkap dan disertakan dengan dokumen sokongan. Setiap permohonan yang dibuat akan diterima selepas keputusan carian diperolehi dengan menggunakan borang JPN.LM14 (kecuali kelahiran berlaku selepas 2003).
DOKUMEN SOKONGAN
1.      Dokumen Pengenalan diri  Ibubapa atau dokumen perjalanan yang sah(Bagi Bukan Warganegara)
2.      Kad/Buku Pemeriksaan ibu mengandung (jika ada)
3.      Borang Pengesahan Kelahiran atau kelahiran mati (jika ada)
4.      Dokumen Perkahwinan (jika ada)
5.      Surat Akuan Berkanun Permohonan Pendaftaran Lewat Kelahiran JPN.LM27
6.      Borang Maklumat Keluarga – BMK81
7.      Senarai Gambar-gambar Bapa, Ibu dan Adik-Beradik – BMK81A
BAYARAN
Bayaran proses : RM 10.00


MENGUBAH NAMA KANAK-KANAK
Permohonan mengubah nama kanak- kanak yang telah didaftarkan hanya boleh dibuat dalam tempoh 1 tahun dari tarikh kelahiran kanak-kanak itu berlaku. Walau bagaimanapun nama kanak-kanak yang telah didaftarkan TIDAK BOLEH DIUBAH jika umur kanak-kanak telah mencapai 1 tahun atau lebih daripada tarikh permohonan dikemukakan.
[Seksyen 15(1), Akta 299]
PROSEDUR PERMOHONAN
Permohon perlu mengisi borang JPN.LM21 dan borang JPN.LM07 dengan lengkap beserta dokumen sokongan. Pendaftaran kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia.
DOKUMEN SOKONGAN
1.      Dokumen pengenalan diri ibubapa (jika bukan warganegara)
2.      Dokumen pengenalan diri penjaga (jika bukan warganegara) yang dibuktikan dengan Surat Kebenaran Penjagaan dari JKM
3.      Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan pindaan
4.      Dokumen pengenalan diri pemohon (jika bukan warganegara) yang melebihi 21 tahun
5.      Dokumen lain yang membuktikan kesilapan
BAYARAN
Bayaran permohonan :
·         RM 2.00 semasa permohonan dikemukakan.
·         RM 5.00 selepas permohonan diproses dan diluluskan.
·         RM 5.00 untuk cetakan cabutan Sijil Kelahiran.

sumber : http://www.jpn.gov.my

3 comments:

shaz oya said...

saya nak tanya kalau ada orang bagi saya anak angkat boleh kah saya membuat surat beranak budak itu...apa documen yang diperlukan

anak soleh said...

Sila rujuk ke JPN ye puan, TQ

semaiya afrin said...

Dalam surat beranak tiada nama bapa macam mana tu???
Boleh apply semula ke???