HUKUM BERKAITAN ANAK ANGKAT

Rasulullah s.a.w telah mengemukakan satu solusi, iaitu amalan penyusuan. Baginda bersabda “Sesuatu yang haram disebabkan nasab, juga menjadi haram disebabkan penyusuan”.(Muslim,no 2616). Ketika mensyarahkan hadis ini, Imam Nawawi berkata “Hukum anak yang menyusu telah menjadi seperti anak kepada yang menyusukannya dan haram mereka berkahwin selama-lamanya. Halal pula bagi si anak melihat ibu susuannya, bersamanya di rumah dan bermusafir dengannya, seperti bersama ibunya sendiri.” Setelah sempurna penyusuan, hukum anak angkat menjadi seperti anak kepada ibu yang menyusukannya.

PENYUSUAN YANG SEMPURNA

Terdapat 2 syarat utama yang menyebabkan penyusuan dianggap sempurna dan menjadikan hukum anak angkat seperti anak sendiri :

1)Penyusuan berlaku sebelum bayi berumur 2 tahun. Ia berdasarkan hadis mauquf kepada Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Darul Qutni “Tidak dikira penyusuan melainkan sebelum bayi berumur 2 tahun.” Ibnu ‘Aamir al-San’aani berkata di dalam kitabnya Subul al-Salam bahawa penyusuan tidak dianggap sempurna kecuali dalam tempoh 2 tahun pertama bayi tersebut.

2)Bayi mestilah menyusu paling kurang sebanyak 5 kali kenyang. Ini berdasarkan hadis mauquf kepada Aishah r.a yang diriwayatkan oleh Imam Muslim ( no 1452 ) katanya,“Pada peringkat awal penurunan al-Quran, penyusuan yang sempurna adalah 10 kali yang mengenyangkan kemudian ia dinasakhkan (dibatalkan) hukumnya kepada 5 kali kenyang, sehinggalah Rasulullah s.a.w diwafatkan.” Di dalam kitab Subul al-Salam juga diterangkan bahawa penyusuan yang mengenyangkan dikira apabila bayi mula menyusu dan berhenti dengan sendiri apabila ia kenyang. Sekiranya terhenti disebabkan bersin, terbatuk atau sendawa, kemudian menyambung penyusuannya, ia masih dikira sekali.

IBU ANGKAT TIDAK MEMPUNYAI SUSU

Ramai yang mengambil anak angkat disebabkan tidak mempunyai zuriat setelah lama berkahwin. Oleh kerana mereka tidak mengandung, maka tidak mempunyai susu untuk dilakukan penyusuan kepada anak angkatnya. Kepada mereka ini, ada nasihat penting, moga-moga dimanfaatkan.

1)  Fahamilah bahawa ini adalah salah satu bentuk ujian Allah kepada anda. Ada pasangan yang diuji memiliki zuriat, tetapi mengidap penyakit yang kronik. Ada pula yang diuji dalam bentuk anaknya yang sihat, tetapi menagih dadah apabila dewasa. Ada juga diuji dengan anak yang membesar dengan sihat dan berjaya, tetapi derhaka kepada orang tuanya. Sesungguhnya kehidupan ini adalah medan ujian Allah terhadap hambaNya dalam musafir menuju akhirat yang kekal. Teruskan usaha dan jangan lupa berdoa kepadaNya.
2)Ibu angkat diharuskan memakan ubat yang mengeluarkan hormon bagi menghasilkan susu dengan syarat mendapat nasihat daripada doktor muslim yang pakar dan amanah

sumber : http://ustazsyed.blogspot.com/2012/02/hukum-hakam-berkait-anak-angkat.html

HUKUM & CARA MEMAHRAMKAN ANAK ANGKAT




SUSUNAN MAHRAM ANAK SUSUAN


HUKUM MELETAKKAN BIN/BINTI PADA ANAK ANGKAT



Haram jika kite letak bin/binti nama bapa angkat atas nama anak. Kalau sblm2 ni anak xsah taraf kite bin/binti Abdullah sahaja. Tp skrg ni dibolehkan meletakkan bin/binti dengan 99 Nama Allah. Jadi ibubapa angkat boleh memilih ape name yg sesuai untuk di bin/binti kan pada cahaya mata kesayangan anda.. (SILA RUJUK BAB NAMA)

HUKUM MEWARISI HARTA BAPA/IBU SUSUAN


HUKUM MENJADI WALI KEPADA ANAK SUSUAN







No comments: