Friday, 10 July 2015

PROSES PENYERAHAN ANAK TIDAK SAH TARAF DARI BAPA KANDUNG

Prosedur Penyerahan dalam entri sebelum ini adalah dari ibu kandung sahaja.

"Persetujuan dari ibu/bapa kandung bayi. (Anak tidak sah taraf tidak mempunyai bapa kandung" dari segi undang-undang). Jadi hanya memerlukan kebenaran dari pihak ibu sahaja"

Walaubagaimana pun, ada sesetengah kes ibu kandung tidak dapat dihubungi atau pun melarikan diri dan sebagainya. Dan meninggalkan bayi tersebut kepada ayah kandung bayi begitu saja. Sedangkan bayi itu adalah anak tidak sah taraf. Jadi bagaimana??

Mengikut rujukan dari pihak JKM yang admin hubungi dan beberapa sumber yang lain. Terdapat beberapa prosedur yang perlu di lakukan oleh pihak si bapa kandung dan keluarga angkat. Seperti :


1. Bapa kandung perlu membuat laporan polis sebagai dokumen bertulis yang sah dan mengatakan butir2 seperti

        a)  mengatakan bahawa si bapa adalah bapa kandung bayi tersebut
        b ) mengatakan bahawa si ibu sudah lari atau hilang dan tidak dapat                    dihubungi lagi.
        c ) menyatakan bahawa si bapa kandung tidak mampu menjaga bayi                    dengan baik dan mahu menyerahkan kepada ibubapa angkat (nama                ibubapa angkat dan butir2 yang sepatutnya)

2. Ibu@bapa angkat perlu juga membuat laporan polis bertulis sebagai dokumen penerimaan dari pihak bapa kandung.

       a ) Nyatakan penerimaan bayi dari bapa kandung (butir2 bapa kandung)


3. Dapatkan borang akuan sumpah dari JPN berdekatan. Bawa bapa kandung berserta bayi ke Pesuruhjaya Sumpah untuk mengesahkan borang akaun penyerahan dan penerimaan tersebut.

4. Daftar ke JKM seperti prosedur biasa. Pihak JKM akan menjalankan siasatan yang sewajarnya.


# Sila dapatkan salinan ic/dokumen berkaitan bapa kandung

Dokumen2 seperti laporan polis yang asli dan sebagainya perlu di simpan oleh ibubapa angkat untuk prosedur2 yang lain.

6 comments:

Ery Daniel said...

Saya fatin dari selangor baru shja keguguran kndungan..sy ingin mencari anak angkat dari baby lagi sesiapa yang ingin bagi baby dengan iklash hati boleh hubungi saya dan wsapp saya 0172274825

Ery Daniel said...

Saya fatin dari selangor baru shja keguguran kndungan..sy ingin mencari anak angkat dari baby lagi sesiapa yang ingin bagi baby dengan iklash hati boleh hubungi saya dan wsapp saya 0172274825

Mawar Mikayla said...
This comment has been removed by the author.
Mawar Mikayla said...
This comment has been removed by the author.
Mawar Mikayla said...
This comment has been removed by the author.
Miss Strawberry said...

Salam sy mencari anak angkat . Klau ade yg nak bagi anak angkat boleh contact sy ye 01121911754 . Area kuantan