Prosedur Penyerahan dalam entri sebelum ini adalah dari ibu kandung sahaja.
"Persetujuan dari ibu/bapa kandung bayi. (Anak tidak sah taraf tidak mempunyai bapa kandung" dari segi undang-undang). Jadi hanya memerlukan kebenaran dari pihak ibu sahaja"
Walaubagaimana pun, ada sesetengah kes ibu kandung tidak dapat dihubungi atau pun melarikan diri dan sebagainya. Dan meninggalkan bayi tersebut kepada ayah kandung bayi begitu saja. Sedangkan bayi itu adalah anak tidak sah taraf. Jadi bagaimana??
Mengikut rujukan dari pihak JKM yang admin hubungi dan beberapa sumber yang lain. Terdapat beberapa prosedur yang perlu di lakukan oleh pihak si bapa kandung dan keluarga angkat. Seperti :
1. Bapa kandung perlu membuat laporan polis sebagai dokumen bertulis yang sah dan mengatakan butir2 seperti
a) mengatakan bahawa si bapa adalah bapa kandung bayi tersebut
b ) mengatakan bahawa si ibu sudah lari atau hilang dan tidak dapat dihubungi lagi.
c ) menyatakan bahawa si bapa kandung tidak mampu menjaga bayi dengan baik dan mahu menyerahkan kepada ibubapa angkat (nama ibubapa angkat dan butir2 yang sepatutnya)
2. Ibu@bapa angkat perlu juga membuat laporan polis bertulis sebagai dokumen penerimaan dari pihak bapa kandung.
a ) Nyatakan penerimaan bayi dari bapa kandung (butir2 bapa kandung)
3. Dapatkan borang akuan sumpah dari JPN berdekatan. Bawa bapa kandung berserta bayi ke Pesuruhjaya Sumpah untuk mengesahkan borang akaun penyerahan dan penerimaan tersebut.
4. Daftar ke JKM seperti prosedur biasa. Pihak JKM akan menjalankan siasatan yang sewajarnya.
# Sila dapatkan salinan ic/dokumen berkaitan bapa kandung
# Dokumen2 seperti laporan polis yang asli dan sebagainya perlu di simpan oleh ibubapa angkat untuk prosedur2 yang lain.
Kami adalah sepasang suami isteri yang sedang mencari permata hati penyeri hidup kami. Blog ini dibina untuk perkongsian maklumat dari mengenai pengambilan anak angkat. Segala prosedur yang berkaitan adalah dirujuk dari pihak-pihak tertentu mahupun laman-laman web yang berdaftar serta dari pengalaman kami & rakan2. Diharapkan blog ini dapat membantu keluarga angkat dalam proses pengambilan anak angkat mereka serta membantu ibu-ibu hamil mencari keluarga angkat untuk bayi mereka.. InsyaAllah
Friday, 10 July 2015
Thursday, 9 July 2015
UNTUK PERTANYAAN
ADMIN INGIN MEMOHON MAAF KERANA TIDAK DAPAT MEMBALAS SEMUA PERSOALAN DAN PERTANYAAN. OLEH ITU, ADALAH DINASIHATKAN SEKIRANYA MEMPUNYAI MASALAH YANG MEMERLUKAN MAKLUMBALAS DENGAN SEGERA (INSYAALLAH), MOHON MENGHANTAR EMEL TERUS KE
anakkusoleh2013@gmail.com.
INSYAALLAH, ADMIN DAPAT MEMBANTU, TERIMA KASIH.
Subscribe to:
Posts (Atom)