PENDAFTARAN SURAT BERANAK


Siapakah yang boleh memaklumkan kelahiran kanak-kanak tersebut?

Individu yang boleh memaklumkan kelahiran kanak-kanak adalah seperti berikut:-

- Bapa kanak-kanak atau; 
- Ibu kanak-kanak atau; 
- Orang yang tinggal serumah di mana kanak-kanak dilahirkan atau; 
- Mana-mana orang yang menyaksikan kelahiran itu; atau
- Mana-mana orang yang menjaga kanak-kanak. 
 
Kanak-kanak tidak mempunyai Sijil Kelahiran dan usianya 
telah melebihi 42 hari.

Jika ibu/bapa atau penjaga yang sah mempunyai bukti 
bahawa kelahiran kanak-kanak tersebut benar-benar berlaku di Malaysia, boleh membuat Pemohonan Daftar Lewat Kelahiran di mana-mana kaunter JPN berhampiran. 




PENDAFTARAN BIASA
Pemohonan pendaftaran kelahiran biasa bermaksud setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut.
[Seksyen 8, Akta 299]
  
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohonan pendaftaran kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia dengan mengemukakan Borang JPN.LM01 yang lengkap dan disertakan dengan dokumen sokongan.
DOKUMEN SOKONGAN
1.      Dokumen Pengenalan diri  Ibubapa atau dokumen perjalanan yang sah(Bagi Bukan Warganegara)
2.      Dokumen Pemeriksaan ibu mengandung
3.      Pengesahan Kelahiran atau kelahiran mati
4.      Dokumen Perkahwinan ibubapa – jika berkahwin
BAYARAN
Tiada bayaran dikenakan.


PENDAFTARAN LAMBAT
Pemohonan pendaftaran kelahiran lambat bermaksud pendaftaran yang didaftarkan dalam tempoh 15 hari hingga 42 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut dan kelahiran berlaku di Malaysia.
[Seksyen 11(1), Akta 299]
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohonan pendaftaran kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia dengan mengemukakan Borang JPN.LM01 yang lengkap dan disertakan dengan dokumen sokongan.
DOKUMEN SOKONGAN
1.      Dokumen Pengenalan diri  Ibubapa atau dokumen perjalanan yang sah(Bagi Bukan Warganegara)
2.      Dokumen Pemeriksaan ibu mengandung
3.      Pengesahan Kelahiran atau kelahiran mati
4.      Dokumen Perkahwinan ibubapa – jika berkahwin
BAYARAN
 Bayaran permohonan : RM 5.00

PENDAFTARAN LEWAT
Pemohonan pendaftaran kelahiran lewat bermaksud setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia yang didaftarkan selepas 42 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut.
[Seksyen 12(1), Akta 299]
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohonan pendaftaran lewat kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia dengan mengemukakan Borang JPN.LM01 yang lengkap dan disertakan dengan dokumen sokongan. Setiap permohonan yang dibuat akan diterima selepas keputusan carian diperolehi dengan menggunakan borang JPN.LM14 (kecuali kelahiran berlaku selepas 2003).
DOKUMEN SOKONGAN
1.      Dokumen Pengenalan diri  Ibubapa atau dokumen perjalanan yang sah(Bagi Bukan Warganegara)
2.      Kad/Buku Pemeriksaan ibu mengandung (jika ada)
3.      Borang Pengesahan Kelahiran atau kelahiran mati (jika ada)
4.      Dokumen Perkahwinan (jika ada)
5.      Surat Akuan Berkanun Permohonan Pendaftaran Lewat Kelahiran JPN.LM27
6.      Borang Maklumat Keluarga – BMK81
7.      Senarai Gambar-gambar Bapa, Ibu dan Adik-Beradik – BMK81A
BAYARAN
Bayaran proses : RM 10.00


MENGUBAH NAMA KANAK-KANAK
Permohonan mengubah nama kanak- kanak yang telah didaftarkan hanya boleh dibuat dalam tempoh 1 tahun dari tarikh kelahiran kanak-kanak itu berlaku. Walau bagaimanapun nama kanak-kanak yang telah didaftarkan TIDAK BOLEH DIUBAH jika umur kanak-kanak telah mencapai 1 tahun atau lebih daripada tarikh permohonan dikemukakan.
[Seksyen 15(1), Akta 299]
PROSEDUR PERMOHONAN
Permohon perlu mengisi borang JPN.LM21 dan borang JPN.LM07 dengan lengkap beserta dokumen sokongan. Pendaftaran kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia.
DOKUMEN SOKONGAN
1.      Dokumen pengenalan diri ibubapa (jika bukan warganegara)
2.      Dokumen pengenalan diri penjaga (jika bukan warganegara) yang dibuktikan dengan Surat Kebenaran Penjagaan dari JKM
3.      Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan pindaan
4.      Dokumen pengenalan diri pemohon (jika bukan warganegara) yang melebihi 21 tahun
5.      Dokumen lain yang membuktikan kesilapan
BAYARAN
Bayaran permohonan :
·         RM 2.00 semasa permohonan dikemukakan.
·         RM 5.00 selepas permohonan diproses dan diluluskan.
·         RM 5.00 untuk cetakan cabutan Sijil Kelahiran.

sumber : http://www.jpn.gov.my

25 comments:

Unknown said...

saya nak tanya kalau ada orang bagi saya anak angkat boleh kah saya membuat surat beranak budak itu...apa documen yang diperlukan

Unknown said...

Sila rujuk ke JPN ye puan, TQ

semaiya afrin said...

Dalam surat beranak tiada nama bapa macam mana tu???
Boleh apply semula ke???

Unknown said...

sy dapat anak angkat dri org indonesia....mcm mne sy nk dptkan surat dr jpn yer....mak xde pasport n suami ny ad d indonesia

Aliya3313 said...

Saya mencari anak angkat baby boy dan tidak kisah taraf baby. Saya akan menjaga seperti ank sendiri dan tanggung kos bersalin swasta. Jika ada yg sudi menyerahkan bby boleh hubungi saya pn. Aliya 0187673775 (Area JB). Semoga ada rezeki saya

Wan said...

Dah ada jawapan ke

Unknown said...

Sapa sudi tolong saya,saya nak buat surat beranak anak tiri saya.. sudah 3 kali buat kat jpn permohonan di tolak.. tahu la anak tiri saya tak saf taraf.. sesiapa sudi tolong boleh call saya 011360060018 roslan anak saya anak malaysia saya duduk area petaling jaya

Unknown said...

Aslm nk tnya klu IBU bpk bkn warga Malay blh tk dpt memohon Surat beranak, Surat beranak sya dah hilang so mcm mne nak buat? Klu IBU bpk sya bkn warga Malay?

Unknown said...

Nak tanya anak angkat kalau dah dua tahun nak buat surat beranak pengangkatan boleh tukar nama ke tak ya... Pliss tengah buntu

Unknown said...

Dah dapat jawaban ke

Unknown said...

Sy nk Tanya klau Surat beranak atas Nama ibu warga asing boleh ke nk Mohon mykid

Unknown said...

Boleh ke Surat beranak ibu warga Indonesia nk ubah sebab nk Di jadikan ank angkat

skhk said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Assalamualaikum sahabat semua..Saya ada ambil anak angkat bukan warganegara( anak tak sah taraf). kelahiran anak di Malaysia..Ibu tiada dokumen (kosong)..mcm mana saya nak buat surat beranak ya? saya betul2 buntu dan tak nampak jalan nya..Jikalau sahabat ada pengalaman mcm saya boleh la share wassap no 0166308113 ...bantu saya..saya sangat penat dan penat

Unknown said...

As salam..saya nak Tanya..macam mana kalau nak daftar anak tiri menjadi anak angkat..saya dah berkahwin de gan suami Dan mempunyai anak basil dari suami saya yang pertama..macam mana cara saya nak daftar anak saya menjadi anak angkat suami saya yang sekarang ni?

Unknown said...

Saya ada anak ankat mahu tukar binti sbp anak angkat saya ini tdk ada bapa...suda mohon surat jijil tapi tdk ada nama bapa nie budak..jadi kmi buat surat brnak atas nama laki.saya..asal sabah..bole tolg bgi kmi pnjlsan sikit kh msam mana kmi berusan buat surat brnak ank sy atas nama kmi

Unknown said...

Asalamualaikum. Saya mau minta tolong saya lahir di Malaysia tetapi orang tua saya bukan warga negara Malaysia,saya sekarang berusia 16 tahun tetapi smpai skrg saya tidak memiliki surat beranak dan ic. Apakah saya boleh membuat surat beranak dalam usia saya sekarang? Jika sesiapa ada yang tau caranya tolong chat ws saya di 01163790679

Unknown said...

Assalamualaikum.saya nak tanya mcmna mau buat surat beranak..sbb saya ada jaga anak buah saya..ank buah saya tiada surat beranak satu tu lelaki umur nya 10 tahun.yg satu lg tu Pmpuan umur nya skg mau msuk 6 tahun.. kesian btul durang mau sekolah tpi tak dpt..mama bapa durang tiada d cnie..blh tolong mcmna cara nya.wasap saya 0162181985

Unknown said...

Saya mau buat surat beranak ank buah saya atas nama saya dan suami saya..blh wasap saya 0162181985

Unknown said...

Saya nak minta bantu mcm mne ke nak buat surat beranak.sekiranya umurnya sda lewat..umurnya skrg berhampiran tdk lebih dari setahun..

Unknown said...

Blh buat u ada decomen semua blh buat

Unknown said...

Saya dapat anak angkat bukan warga negara jadi persoalan nya sekarang saya nak tahu baby itu boleh ke dapat warga negara kalau ibu Dan bapa angkat ialah warga negara..?? Lagi 1 saya nak Tanya masa buat sijil lahir bby itu kena wajib ada mama kandung bby itu ke..??

Unknown said...

Saya ambik anak angkat bukan warga ade paspot.saya cuma berurusan dgn nenen baby tu.. Salinan itam putih perjanji di sain oleh nenek baby.. surat repot sudah dibuat.. Soalan.. Perluka saya mak/nenek kandung utk angkat sumpah nti

Unknown said...

Salam. Hi. Kawan saya nak buat surat beranak. Umur dia melebihi 20tahun. Selamani dia tak sekolah. Hanya duduk rumah. Maknya tak berani nak daftarkan sebab dia ank tak sah taraf dan maknya tidak mempunyai sijil nikah. Jadi bila dia dah besar. Semua orang ada berkeinginan nak melangsungkan rumah tangga. Tapi agak susah buat dia. Dan agak susah untuk kehidupan akan datang. Haritu dia sudah ke JPN. Tapi maknya tidak mahu memberikan kerjasama. Mungkin takut didenda atau tidak mahu bukan kisah lama. Jadi agak susah untuk dia selesaikan masalah ni. Maknya melahirkannya dirumah. Tiada surat menyurat dokter. Tiada checkup bulanan. So tiada surat kukuh untuk dia sertakan. Sekarang yg nak beri kerjasama cuma neneknya. Tapi kudrat orang tua agak payah untuk neneknya kesana sini. Neneknya yg sambut kelahiran dia dirumah. Dia tiada siapa nak bantu. Cuma sekarang ada kawan yg nak bantu bawa. Tapi, surat sokongan dan dokumen apa diperlukan? Boleh beri penjelasan?

Zd said...

Assalam.Saya ada haha anak angkat sorang.tapi Sekarang umur die dah 4tahun.saya tak tahu pulak nanti nak sekolah nak sijil kelahiran pengakatan.macam mana Nak buat supaya cepat sapa sijil.